Thursday, February 6, 2014
On 5:13 PM by Razis Khamis No comments
Wednesday, February 5, 2014
On 6:19 PM by Razis Khamis No comments
Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya diSelangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
- Ikan Keli Kayu
- Ikan Keli Bunga
- Ikan Keli Eksotika
- Ikan Keli Limbat
- Ikan Keli Mata Kati
- Ikan Keli Rusia
- Ikan Keli Afrika
- Ikan Keli Jeram
- Ikan Keli Hutan
Ikan ternakan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.
Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "iwak lele".
Kepercayaan
- Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
- Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.
- Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.
Ikan Keli | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Popular Posts
-
Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN , khususnya di Malaysia . Di sesetengah tempat khususn...